fbpx

Majoriti rakyat Korea Selatan setuju BTS diberi pengecualian khidmat tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli kumpulan pop Korea Selatan, BTS bercakap semasa taklimat akhbar White House pada 31 Mei lalu di Washington. -Los Angeles Times/Getty/Kyodo

SEOUL – Tinjauan pendapat umum di Korea Selatan baru-baru ini menunjukkan 60.9 peratus orang awam bersetuju undang-undang kerahan tenaga mandatori dirombak bagi memberi pengecualian kepada golongan selebriti seperti kumpulan K-pop terkenal dunia, BTS, lapor akhbar The Maniachi semalam. 

Tinjauan itu ditugaskan oleh Jawatankuasa Pertahanan Nasional Dewan Negara kepada syarikat kaji selidik Korea Selatan, Realmeter. 

Keputusan kaji selidik itu bakal mencetuskan perdebatan mengenai isu tersebut. Sebelum ini, anggota-anggota Parlimen daripada parti pemerintah dan pembangkang telah meminta supaya undang-undang tersebut dirombak.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan bagaimanapun keberatan melihat undang-undang itu diubah.

Pada masa ini, undang-undang sama hanya mengecualikan atlet elit dan pemenang pertandingan artistik daripada menyertai perkhidmatan tentera yang diwajibkan kepada semua lelaki yang layak.

Anggota-anggota Parlimen ketika ini mendesak supaya pengecualian kerahan tenaga itu diperluaskan kepada sektor budaya pop.

Tinjauan pendapat melibatkan kira-kira 1,000 orang di seluruh negara pada Rabu dan Khamis lalu menunjukkan cuma 34.3 peratus rakyat Korea Selatan menentang undang-undang itu dirombak.

Di tengah-tengah gesaan anggota Parlimen untuk mengubah undang-undang khidmat tentera itu, Menteri Pertahanan, Lee Jong Seop memberitahu Parlimen pada 31 Ogos lalu bahawa beliau akan melakukan tinjauan pendapat yang akan digunakan dalam penggubalan dasar. 

Keesokan harinya, Kementerian Pertahanan berkata bahawa mereka bukan pihak yang menjalankan tinjauan berkenaan. 

Ahli tertua BTS yang dianggotai oleh tujuh anggota, Jin akan mencecah usia 30 tahun pada hujung tahun ini. Dia perlu memulakan perkhidmatan mandatori di bawah undang-undang semasa.

Jawatankuasa Pertahanan Kebangsaan Parlimen berkata, berikutan tinjauan awam tersebut, pihaknya berhasrat untuk mencapai kesimpulan mengenai perbahasan isu berkaitan tidak lama lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI