fbpx

Azri berlinangan air mata atlet Perlis ‘kantoi’ doping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZRI berjaya melakukan angkatan emas dalam acara angkat berat 55kg pada Sukma MSN 2022 di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya semalam. – FARIZ RUSADIO

“BENAR-benar menyusahkan,” luah badang Perlis, Muhammad Azri Irfan Azhar selepas mengetahui salah seorang rakan senegerinya ‘kantoi’ doping ketika ingin menyertai Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022.

Azri yang memenangi pingat emas sulungnya pada Sukma 2022 dalam acara 55 kilogiram (kg) semalam mengakui terkejut selepas mengetahui salah seorang atlet Perlis gagal dalam ujian doping.

Disebabkan perkhabaran kurang enak tersebut, Azri mendedahkan, peluang Perlis untuk menyertai temasya pada edisi ke-20 tertutup selepas peraturan Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) menjelaskan negeri yang terlibat dengan doping tidak dibenarkan bertanding.

Bagaimanapun, segalanya berubah selepas Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil alih acara sukan angkat berat dan membenarkan acara tersebut diteruskan selepas PABM ‘meninggalkan’ temasya tersebut.

 “Sebenarnya atlet yang disahkan gagal doping tidak menjalani latihan bersama kami di Perlis dan dia berlatih di MSN. Jadi, saya hanya kenal macam itu sahaja.

“Bila dapat tahu ada atlet Perlis gagal doping saya terkilan dan menangis kerana khuatir mungkin seluruh atlet Perlis tidak dapat sertai Sukma kali ini. 

“Bagi saya memang menyusahkan kerana jika Perlis tidak dapat bertanding, ia meranapkan segala apa yang saya usahakan. Saya telah menjalani latihan selama empat tahun. Alhamdulilah, akhirnya saya berjaya meraih pingat emas pada Sukma 2022 ini,” katanya ketika ditemui hari ini.

Dalam pada itu, atlet berusia 17 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada gurunya serta Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin, Arau, Perlis selepas curi-curi masuk menjalani latihan. 

“Ketika pandemik Covid-19, susah nak jalani latihan, jadi saya curi-curi masuk kes sekolah. Apa pun, terima kasih kepada cikgu saya dan pihak sekolah atas kebenaran saya jalani latihan di sana.

“Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang memberi sokongan kepada saya menceburi sukan ini,” tambahnya yang turut ke Sukan SEA Kemboja tahun depan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI