fbpx
Nancy pada sidang akhbar selepas merasmikan merasmikan Program Toleransi Sifar Keganasan: Say No To Sexual Harassment Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh FAUZI BAHARUDDIN / KOSMO!

Lelaki juga mangsa gangguan seksual – Nancy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kes gangguan seksual bukan hanya melibatkan wanita, malah golongan lelaki turut menjadi mangsa perlakuan tidak senonoh termasuk gangguan fizikal di tempat awam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, peningkatan aduan diterima kementerian membuktikan isu tersebut semakin serius dan perlu diberi perhatian tanpa mengira jantina.

Menurutnya, ketika program advokasi berkaitan gangguan seksual mula diperkenalkan, jumlah laporan diterima hanyalah dalam angka belasan sebelum meningkat kepada ratusan dan kini mencecah lebih 1,000 kes.

“Ini menunjukkan kes gangguan seksual bukan hanya melibatkan wanita tetapi juga lelaki. Maka kita perlu menghormati gender tak kira lelaki atau perempuan.

“Lelaki juga tidak mahu diperlakukan sebagaimana wanita. Sebab itu kita adakan advokasi supaya masyarakat tahu tindakan yang boleh dilakukan sekiranya menjadi mangsa,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Toleransi Sifar Keganasan: Say No To Sexual Harassment di sini, hari ini.

Nancy berkata, antara gangguan seksual yang dilaporkan melibatkan lelaki adalah sentuhan fizikal yang tidak diingini.

Katanya, ada mangsa lelaki tampil berkongsi pengalaman diganggu seorang jurujual ketika berada di sebuah pusat beli-belah.

“Dia cerita ketika hendak masuk ke bilik persalinan, seorang jurujual lelaki memegang bahagian belakang badannya sehingga dia rasa tidak selesa.

“Perkara seperti ini memberi kesedaran bahawa lelaki juga tidak mahu diperlakukan sedemikian,” katanya.

Tambah beliau, setakat ini tribunal anti gangguan seksual turut menerima tiga kes melibatkan mangsa lelaki dan ada antaranya sudah menerima pampasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN