fbpx

Suspek 6 bulan bebas penjara antara ditahan edar pelbagai jenis dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fakhruddin menunjukkan barang dirampas pihak polis di IPD Petaling Jaya.

PETALING JAYA – Seorang suspek baru enam bulan keluar dari penjara antara yang ditahan mengedar pelbagai jenis dadah seberat hampir 32 kilogram, bernilai kira-kira RM91,610 di dua lokasi iaitu di Damansara dan Damansara Perdana di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, tangkapan dibuat ke atas dua suspek lelaki tempatan masing-masing berumur 40 dan 31 tahun pada Selasa minggu lepas.

Katanya, bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik menahan suspek pertama di kawasan tempat letak kereta sebuah pangsapuri.

“Hasil pemeriksaan menjumpai satu kotak di bahagian belakang kereta yang berisi 29 ketulan mampat daun kering dibalut kertas emas dan dua balutan biasa dadah jenis ganja kira-kira 31.4 gram (g).

“Sejurus hasil tangkapan pertama, polis menyerbu sebuah pangsapuri di Damansara Perdana dan menahan suspek kedua dengan merampasi 184 biji pil yaba, syabu 130 g berserta satu penimbang digital,” katanya dalam sidang akbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling jaya, hari ini.

Antara rampasan dadah oleh polis IPD Petaling jaya.

Menurutnya, turut dirampas ialah seutas rantai emas, sebuah kereta jenis Honda City dipercayai dibeli hasil penjualan dadah dan wang tunai berjumlah RM34,5000.

“Kedua-dua yang ditahan positif dadah jenis methamphetamine dan direman selama tujuh hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Ujarnya lagi, kedua-dua suspek tersebut masing-masing mempunyai sembilan dan dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI