fbpx

12 rumah kedai Kampung Cina musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di Kampung Cina, Kuala Terengganu malam tadi.

KUALA TERENGGANU – Deretan 12 rumah kedai berusia lebih 60 tahun musnah dalam kebakaran di Kampung Cina di sini malam tadi.

Kebakaran di premis perniagaan yang terletak di perkampungan warisan negeri tersebut berlaku pada pukul 8.45 malam.

Antara premis perniagaan terlibat dalam kebakaran tersebut adalah kedai emas, restoran, kedai kain dan kedai membaiki kunci dengan kerugian keseluruhan dianggarkan mencecah jutaan ringgit.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Mohd. Khairiri Mat Rasad @ Arshad berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kebakaran tersebut daripada seorang orang awam yang berlari ke Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota di sini terletak kira-kira 800 meter dari lokasi kebakaran.

“Seramai 60 anggota bomba termasuk dari beberapa daerah berhampiran bergegas ke lokasi kejadian.

“Waktu itu lima premis perniagaan sedang terbakar namun api merebak dengan pantas kerana angin kencang dan sistem pendawaian elektrik tidak sistematik,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Mohd. Khairiri berkata, kebakaran dapat dikawal dalam tempoh 45 minit dan tiada kehilangan jiwa dan kecederaan dilaporkan.

Tambah beliau, kesemua 12 premis perniagaan diperbuat daripada kayu terbabit musnah antara 30 hingga 100 peratus.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI