fbpx
GAMBAR HIASAN

Ramai wanita elak diajak berkenalan lelaki Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Rata-rata golongan lelaki berasal dari Kelantan meluahkan tanda tanya tentang mengapa ramai wanita sering mengelak jika diajak berkenalan setelah mengetahui status negeri mereka.

Menerusi hantaran yang dimuat naik beberapa pengguna Facebook, masing-masing berasa hairan dengan tindakan segelintir wanita yang berasal dari negeri lain seolah-olah ‘anti-budak kelantan’.

“Kenapa ramai wanita tak suka budak kelantan?, baru aku nak ajak berkawan, dengan belagak dia kata, ‘maaf saya tak minat lelaki Kelantan’, apa salah kami?,” kata Syafiq.

Sementara itu, Mohd. Khairul juga berkongsi beberapa alasan yang sering diberikan oleh golongan wanita ketika cuba menjauhkan diri daripada kaum lelaki asal Pantai Timur itu.

“Awak asal Kelantan? maaf la, saya dah ada teman lelaki; saya tak faham bahasa awak, pelik sangat bunyinya; lelaki kelantan ramai ‘buaya’,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna lelaki yang sememangnya anak jati negeri Tok Janggut itu mengakui mereka sering dipinggirkan oleh kebanyakkan wanita disebabkan dialek dan status negeri.

“Bila kami sembang dengan kawan-kawan Kelantan, mereka (wanita negeri lain) kata kami berpuak, bila kami nak kenal dan ajak berkawan, mereka tak nak dan tak suka pula, wanita memang pelik,” komen Syahmie. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR