fbpx
DI lokasi inilah berlakunya kejadian menyayat hati melibatkan pasangan suami isteri warga emas.

Mangsa kes tembak berpewatakan baik, mesra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Kejadian tembakan yang mengorbankan pasa­ngan suami isteri di Kampung Labu di sini mengejutkan penduduk kampung kerana si mati lelaki yang juga pesara kerajaan berperwatakan baik, mesra dan kerap bergaul dengan masyarakat.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Kampung Labu, Hamdan Ismail, 54, berkata, si mati yang berusia 73 tahun sering bertegur sapa sekiranya terserempak de­ngan penduduk selain bersama masyarakat terutamanya jika mempunyai majlis kenduri.

“Sejak akhir-akhir ini, si mati (lelaki) jarang keluar rumah kera­na sakit selepas diserang strok ringan, namun masih boleh berjalan,” katanya semalam.

Kosmo! semalam melaporkan seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun dikatakan hilang pertimbangan apabila menembak isterinya selepas dipercayai tidak berpuas hati berhubung wang jual tanah dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Labu kelmarin.

ANGGOTA polis mengusung mayat lelaki warga emas yang mati dalam kejadian tembakan di Kampung Labu, Jerantut kelmarin.

Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, lelaki tersebut yang tinggal berdua bersama isterinya berusia 67 tahun dipercayai turut menembak diri sendiri dengan senapang patah.

Bercerita lanjut, Hamdan memberitahu, sepanjang penge­tahuannya si mati tidak mempunyai masalah mental dan tidak pernah mendapat rawatan berkaitan penyakit itu di mana-mana hospital.

“Pasangan itu juga dilihat se­perti tidak mempunyai masalah apabila sering keluar bersama-sama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, siasatan awal mendapati tiada penglibatan orang ketiga dan tiada unsur rompakan dalam kejadian berdarah tersebut.

Tambah beliau, pihak forensik sudah melakukan siasatan di tempat kejadian dan juga bedah siasat turut dijalankan bagi melengkapkan siasatan terhadap kes tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN