Keadaan rumah pasangan suami isteri dalam insiden tembakan di Kampung Labu, Jerantut pagi tadi.

Lelaki tembak isteri sebelum tembak diri sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Seorang lelaki warga emas bertindak di luar kewarasan apabila menembak isterinya sebelum menembak diri sendiri di Kampung Labu dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu suspek berusia 73 tahun yang tinggal berdua bersama isterinya berusia 67 tahun di rumah berkenaan bertindak menembak isterinya menggunakan selaras senapang miliknya.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Mazlan Hassan berkata, pihak polis menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 9.30 pagi daripada ketua kampung memaklumkan terdapat satu kejadian bunuh diri menggunakan senjata api di Kampung Labu.

“Berdasarkan maklumat awal jiran berdekatan terdengar tembakan dari arah rumah pasangan itu dan pergi ke rumah itu sebelum kelihatan seorang lelaki telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Saksi nampak lelaki berkenaan dalam keadaan terduduk kerana cedera di bahagian leher sebelah kiri dan terdapat selaras senapang patah berhampirannya,”katanya di sini hari ini.

Tambahnya seorang lagi saksi berhampiran rumah mangsa memberitahu terdengar dua bunyi tembakan dan jeritan memminta tolong di sebuah rumah bersebelahan Homestay Kampung Labu itu.

Katanya, saksi yang bergegas ke tempat kejadian  mendapati seorang  wanita terbaring di bahagian belakang dapur dalam keadaan sedar sambil meminta tolong.

“Saksi menyatakan bahawa wanita tersebut di dalam keadaan kesakitan dan berdarah di bahagian pinggang dan jiran itu membawa wanita tersebut ke dalam kereta dan terus ke Hospital Jerantut Pahang untuk mendapatkan rawatan segera,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN