fbpx

Amaran keras kepada pengusaha stesyen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rasol (tengah) menyantuni penerima anugerah pembekal Perusahaan Kecil dan Sederhana Lotus's terbaik ketika pelancaran kempen tersebut. - FOTO/ ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Kerajaan memberi amaran keras kepada pengusaha stesen minyak supaya tidak lagi menjual petrol bersubsidi kepada warga asing atau berdepan tindakan undang-undang.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, tindakan itu dilakukan bagi melindungi petrol subsidi yang sememangnya hanya menjadi hak milik rakyat Malaysia.

“Jadi, saya minta sangat pengusaha stesen minyak supaya tidak jual petrol subsidi kepada rakyat asing.

“Jika didapati bersalah, individu yang didapati membeli petrol subsidi boleh dikenakan maksimum RM1 juta manakala pengusaha stesen minyak didenda maksimum RM2 juta,” katanya selepas melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia 2022 di pasaraya Lotus’s di Seksyen 13, di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki mengisi petrol RON95 ke dalam kenderaan dipercayai nombor pendaftarannya dari Singapura.

Rasol turut meminta orang awam merakam atau mengambil gambar sekiranya melihat kenderaan nombor pendaftaran negara lain mengisi minyak tersebut dan menghantarnya kepada pihak
KPDNHEP.

Menurutnya, pihaknya akan meminta KPDNHEP kawasan kejadian untuk segera menjalankan siasatan.

“Saya juga harap pengusaha stesen minyak beri kerjasama, iaitu tidak jual petrol subsidi kepada warga asing,” tegasnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI