fbpx

Tiga aksi EPL bakal ditangguhkan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERTEMUAN Chelsea dan Liverpool yang dijadual berlangsung di Stamford Bridge juga terpaksa ditangguhkan bagi memberikan laluan kepada urusan pengkebumian Ratu Elizabeth II. – AFP

LONDON – Jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris melibatkan Manchester United menentang Leeds United dan pertemuan Chelsea serta Liverpool hujung minggu ini terpaksa ditangguhkan sekali lagi.

Perlawanan tersebut sepatutnya berlangsung minggu lalu telah ditunda bersama lapan lagi aksi lain bagi memberi penghormatan ekoran kemangkatan Ratu Elizabeth II sebelum ia dijadualkan semula pada Ahad ini di Old Trafford dan Stamford Bridge.

Bagaimanapun, lebih 10,000 anggota polis yang dikerah untuk mengawal keselamatan bagi persediaan acara pengebumian menyebabkan kedua-dua perlawanan berkenaan terpaksa ditunda sekali lagi.

“Jadual perlawanan EPL akan diteruskan pada hujung ming­gu ini selepas ditangguhkan bagi memberikan penghormatan kepada Ratu Elizabeth II. Bagaimanapun, hanya tujuh perlawanan akan dilangsungkan.

“Tiga lagi perlawanan terpaksa ditunda untuk memberikan laluan urusan pengebumian baginda ratu termasuk pertemuan ­Brighton menentang Crystal Palace disebabkan masalah pengangkutan ekoran kerja-kerja menaik taraf landasan keretapi.

“Selepas mendapat panda­ngan daripada kelab-kelab terlibat, polis dan pihak ke­selamatan setempat, kami tidak mempu­nyai pilihan kecuali terpaksa menangguhkan sekali lagi ketiga-tiga aksi berkenaan.

“Bagi semua perlawanan yang dijadualkan terus berlangsung, penghormatan akan dilakukan di dalam stadium masing-masing. Tarikh baharu untuk perlawanan yang ditangguhkan akan di­umumkan semula dalam tempoh terdekat,” menurut kenyataan dikeluarkan oleh penganjur EPL. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI