fbpx

PDRM nafi dakwaan Meta Platform Incorporated wujud akaun palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani (dua kanan) melakukan simbolik pelancaran Majlis Pelantikan 104 figura sebagai Duta Anti-Scam JSJK di Maktab PDRM Cheras, di sini hari ini. /FOTO FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan berkenaan dakwaan Meta Platform Incorporated berkaitan beberapa akaun palsu di media sosial yang didakwa mempunyai kaitan dengan agensi berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya masih meneliti perkara itu dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman juga sudah diarahkan untuk menjalankan siasatan.

“Kita nafikan perkara itu (akaun palsu dikaitkan dengan PDRM) sekeras-kerasnya tetapi saya sudah arahkan JSJK untuk meneliti dakwaan itu.

“Setakat ini kita masih menjalankan siasatan dan jika ada sebarang perkembangan, JSJK akan memberi maklum balas mengenainya,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelantikan 104 figura sebagai Duta Anti-Scam JSJK di Maktab PDRM Cheras, di sini hari ini.

Terdahulu pada bulan lalu, Meta, menerusi Quarterly Adversial Threat Report mendedahkan kemungkinan wujud campur tangan polis di sebalik penutupan lebih daripada 600 akaun Facebook dan Instagram di Malaysia kerana menjadi platform ‘troll farm’.

Meta menyifatkan tingkah laku itu sebagai menggunakan akaun palsu yang diselaraskan untuk memanipulasi perdebatan awam bagi matlamat strategik.

Laporan itu memaklumkan, rangkaian terbabit terdiri daripada sekurang-kurangnya 596 akaun, 180 halaman dan 11 kumpulan daripada Facebook serta 72 akaun Instagram, dengan jumlah keseluruhan hampir setengah juta pengikut.

Rangkaian itu aktif di Facebook, TikTok, Twitter dan Instagram serta ‘menyiarkan meme dalam bahasa Melayu untuk menyokong gabungan kerajaan semasa dengan dakwaan berlaku rasuah dalam kalangan pengkritiknya’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI