fbpx

Enam direman tuntutan palsu projek tebatan banjir Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COO syarikat pembinaan (paling depan) bersama lima suspek lain dibawa untuk proses reman di Mahkamah Shah Alam. - FOTO/ ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Enam termasuk Ketua Pegawai Operasi (COO) sebuah syarikat pembinaan direman selama lima hari bagi membantu siasatan tuntutan palsu bernilai hampir RM900,000 bagi kerja naik taraf saliran dan tebatan banjir di Selangor.

Perintah reman bermula hari ini terhadap semua suspek termasuk empat wanita berusia 30 hingga 59 itu dikeluarkan Mohamed Redza Azhar Rezali.

Menurut sumber, keenam-enam suspek itu terdahulu ditahan kira-kira pukul 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Selangor.

Katanya, tiga daripada suspek yang merupakan COO, pengarah dan akauntan sebuah syarikat pembinaan dipercayai berpakat untuk meluluskan pembayaran kepada dua buah syarikat.

“Ini melibatkan kerja-kerja menaik taraf saliran berjumlah lebih RM250,000 dan projek tebatan banjir pula bernilai lebih RM600,000 di Selangor.

“Mereka dipercayai terlibat dalam mengemukakan tuntutan palsu bagi semua projek tersebut sedangkan kerja-kerja itu tidak dilaksanakan,” katanya di sini hari ini.

Jelas sumber, kesalahan itu dilakukan keenam-enam suspek bermula tahun 2016 hingga 2021.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim menjelaskan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI