fbpx
Suspek yang didakwa bergelut dan menendang motosikal anggota polis ditahan di hadapan sebuah kedai aksesori motosikal di Jalan Tunku Putra, Kulim pada semalam.

Lelaki lari daripada polis direman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Seorang lelaki yang melarikan diri daripada polis dengan memandu secara berbahaya sebelum didakwa ditarik daripada motosikal dan dipijak di kepala oleh seorang anggota direman selama tiga hari bermula hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Tengku Mohd. Faisal Tengku Yeng berkata, suspek berusia 32 tahun akan direman sehingga Khamis ini.

Katanya, anggota polis terlibat juga akan disiasat oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia dari segi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tangkapan.

“Anggota itu juga ditukarkan ke bahagian pentadbiran sementara menunggu siasatan oleh pihak JIPS,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan kejadian tular seorang lelaki yang terjatuh dari motosikal akibat ditarik anggota polis berlaku selepas suspek disyaki melarikan diri ketika ditahan di Jalan Sungai Ular, di sini.

Polis mengesan satu rakaman video tular di media sosial berdurasi 29 saat yang memaparkan kejadian melibatkan anggota polis dan seorang suspek berusia 32 tahun yang dipercayai berlaku di hadapan sebuah kedai aksesori motosikal di Jalan Tunku Putra, di sini semalam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN