fbpx
SUSPEK kes pukul isteri direman di Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN

Suami pukul isteri hingga keguguran direman 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya sehingga keguguran dan cedera parah di Ambangan Heights, di sini Khamis lalu direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 43 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Azlan Basri.

Siasatan ke atas suspek dilakukan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah.

Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap dan berpelitup muka tiba dengan kereta polis kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Beberapa ahli keluarga mangsa dilihat turut berada di pekarangan mahkamah.

Kosmo! semalam melaporkan suspek yang dikehendaki berhubung kes memukul isterinya sehingga keguguran di Ambangan Heights Khamis lalu akhirnya diberkas di Alor Setar, dekat sini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, suspek berjaya ditahan pada petang semalam dan proses permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Sungai Petani hari ini.

Terdahulu, keluarga mangsa menyifatkan lelaki tersebut sebagai suami yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Mereka turut berharap suspek segera ditangkap dan diadili mengikut proses undang-undang.

Selain mangsa yang merupakan penjawat awam berusia 39 tahun dicederakan, lelaki itu dipercayai sedang berdepan proses mahkamah berhubung kes mencederakan bekas isterinya di Johor beberapa tahun lalu.

Dalam kejadian terbaharu, mangsa dipercayai dipukul dengan penyangkut baju, getah paip, batang besi langsir dan batang penyapu hingga patah.

Selain itu suspek turut didakwa melarikan barang kemas dan wang simpanan berjumlah RM50,000.

Pasangan tersebut dikatakan berkahwin di Thailand pada Disember lalu, namun belum mendaftarkan perkahwinan mereka di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN