fbpx

Carlos Alcaraz jadi pemain No. 1 dunia termuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALCARAZ berjaya menumbangkan Ruud pada aksi final awal pagi semalam untuk menjuarai Terbuka AS sekali gus menjadi pemain No. 1 dunia termuda. – AFP

NEW YORK – Pemain remaja Sepanyol, Carlos Alcaraz melakar sejarah apabila meraih gelaran Grand Slam pertamanya sejurus menjuarai Terbuka Amerika Syarikat (AS) awal pagi semalam.

Pemain berusia 19 tahun itu menewaskan jaguh Norway, Casper Ruud dengan keputusan 6-4, 2-6, 7-6, 6-3 di pentas final.

Kemenangan itu juga me­nyaksikan Alcaraz melonjak ke kedudukan nombor satu dunia dan menjadi pemain paling muda dalam sejarah sukan berkenaan hanya ketika berusia 19 tahun dan empat bulan.

Rekod sebelum ini dipegang oleh bekas pemain tenis Australia, Lleyton Hewitt yang me­lakukan pada usia 20 tahun empat bulan ketika melakukannya pada 2001.

“Ini sesuatu yang saya impikan sejak kecil, menjadi pemain nombor satu dunia dan menjadi juara Grand Slam.

“Saya bekerja keras untuk ini. Sukar untuk saya bercakap sekarang, sangat beremosi. Sudah lama saya berusaha untuk kejayaan ini.

“Saya baru 19 tahun dan semua keputusan perlu mendapat pandangan ibu bapa dan pasukan. Ia sangat istimewa bagi saya untuk menjulang gela­ran di pentas berprestij ini,” kata Alcaraz.

Selain itu, Alcaraz turut mencatat sejarah menjadi pemain termuda yang muncul sebagai pemenang Grand Slam selepas rakan senegaranya yang juga bintang sensasi, Rafael Nadal yang melakukannya pada 2005 berdasarkan perbezaan bulan.

Dia juga turut menjadi pemain termuda menjuarai Terbuka AS selepas Pete Sampras melakukannya pada 1990 ketika berusia 19 tahun 28 hari. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI