fbpx

Pengalaman mahal Sophia Zuhri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOPHIA akur jika ada pendengar tidak boleh dan sukar menerima muzik penyanyi baharu sepertinya.

SELEPAS single pertamanya, Game of Charades dilancarkan pada Mac tahun lalu, penantian penyanyi muda, Sophia Zuhri akhirnya terlestari menerusi kelahiran sebuah album sulung.

Biarpun baru berusia 18 tahun, Sophia berasakan sudah cukup matang dan berbesar hati dengan pencapaiannya sehingga saat ini.

Selain bergelar penyanyi, dia bertindak selaku komposer dan penulis lirik karya sendiri.

Siapa sangka, buah tangan pertama Sophia itu telah membawa namanya semakin lebar untuk dikenali sebagai salah seorang penyanyi wanita tempatan.

Terbaharu, Sophia membuktikan keseriusan untuk bertapak dalam industri apabila muncul dengan sebuah persembahan pentas, An Evening With Sophia Zuhri di Hotel Royal Chulan, Damansara baru-baru ini.

Mengakui agak gementar beraksi secara solo pada persembahan debut, apatah lagi lagu-lagunya belum pernah didengar penonton yang hadir, Sophia menganggap itulah pengalaman paling mahal dalam hidupnya.

“Pada awalnya saya rasa sangat gementar untuk membuat persembahan secara langsung buat pertama kalinya kerana sedar kebanyakan orang masih belum mendengar lagu-lagu saya sebelum ini.

SOPHIA mengetengahkan muzik bergenre Britpop dengan alunan vokal tersendiri dalam setiap karya yang didendangkan.

“Bagaimanapun apabila melihat penonton memberikan reaksi positif, saya rasa sangat gembira. Persembahan ini adalah pengalaman yang tidak akan saya lupakan.

“Saya sangat menghargai mereka yang hadir, menyokong dan membuatkan saya selesa di pentas. Harap semua yang hadir terhibur dengan lagu-lagu nyanyian saya,” ujarnya.

Lagu-lagu yang disampaikan dalam persembahan tersebut juga merupakan sebahagian daripada karya menerusi album sulungnya yang berada di pasaran digital sejak awal Septemberi.

Album yang menampilkan genre Britpop terbitan Inspirasi Entertainment Sdn. Bhd. dan diedarkan Universal Music tersebut memuatkan 10 buah lagu ciptaan Sophia sendiri.

Menurut gadis tinggi lampai itu, dia cenderung menulis lagu tentang kehidupan daripada kaca matanya sendiri.

Dia menjadikan kehidupan sekeliling sebagai inspirasi untuk berkarya.

“Saya meluahkan pemerhatian terutamanya tentang kehidupan dalam lagu-lagu.

“Saya percaya kebanyakan daripada kita pernah melalui pelbagai fasa kehidupan terutamanya ketika meningkat dewasa,” katanya yang menjadikan penyanyi Yuna sebagai idola.

Biarpun lebih selesa menyampaikan lagu bahasa Inggeris, Sophia yang kini sedang melanjutkan pengajian peringkat A-Levels di London, United Kingdom menyahut cabaran peminat untuk merakamkan lagu bahasa Melayu berjudul Mimpi-Mimpi Ini.

Pada asalnya lagu tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris sebelum komposer dan penyanyi Ajai yang juga bertindak sebagai penerbit menggarap lirik bahasa Melayu untuk karya berkenaan.

“Bukan mudah bagi saya untuk mendendangkan lagu dalam bahasa Melayu. Pengalaman ini agak mencabar, namun saya berharap agar lagu ini mendapat tempat di hati peminat.

“Mimpi-mimpi Ini menceritakan kesusahan seseorang yang cuba membantu individu lain, namun ditolak.

“Realitinya, ada segelintir individu yang bergelut dengan masalah mental dan tidak mahu dibantu.

“Saya merasakan amat penting bagi mereka untuk meminta pertolongan tanpa rasa diadili atau dihukum,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI