Perang di Asia Barat antara Iran-Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, Israel seolah tiada menampakkan tanda mahu surut. Hari-hari kita mendengar kenyataan yang berulang-ulang baik daripada Donald Trump mahupun pemimpin Iran. Gencatan senjata yang diusahakan langsung tidak memberi kesan. Ada sahaja pihak yang mencabulinya. Perang yang dijangka berakhir dalam tempoh empat minggu kini berlanjutan entah sampai bila. Dalam perang, kemenangan akan berpihak kepada mereka yang tahu dan bijak melakukan tipu daya, muslihat atau helah. Seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW: “al-harbu…













