fbpx

Kelasi kapal hilang dipercayai terjun laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA jatuh laut dikenali sebagai Shanidze Nodar.

KOTA TINGGI – Seorang kru kapal tangki warga negara Georgia hilang dipercayai terjun laut ketika kapal bersauh di kedudukan 43.7 batu nautika timur laut Tanjung Sedili semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima makluman daripada Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya mengenai kejadian tersebut yang disampaikan oleh nakhoda kapal tangki itu melalui emel.

Katanya, mangsa, Shanidze Nodar, 22, yang bekerja sebagai kelasi laut disyaki telah terjun ke laut kira-kira pukul 5.30 pagi.

“Mangsa warga Georgia kali terakhir dilihat di atas kapal pada 10 September lalu berpakaian baju dan berseluar pendek berwarna hitam.

“Pencarian telah dilakukan di atas kapal oleh kru-kru kapal, namun gagal menemui mangsa. Ekoran itu pihak MRSC Johor Bahru telah mengaktifkan SAR pada pukul 3.30 pagi tadi.

“Operasi pencarian melibatkan sebuah kapal KM PERWIRA dan bot ronda PERKASA 30 milik Maritim Malaysia serta sebuah bot FCB 1123 milik Tentera Laut Diraja Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, keluasan sektor pencarian adalah seluas 20 batu nautika persegi dari lokasi kapal bersauh. -KOSMO! ONLINE

Habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI