fbpx
KAWASAN perkampungan Orang Asli di Kampung Sendrop, Gua Musang, yang sering menjadi laluan pekerja asing ke ladang dan kebun.

Ibu bapa bimbang anak gadis dipikat pekerja ladang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Di sebalik kepesatan pembangunan perlada­ngan dan pertanian di kawasan Tanah Tinggi Lojing di sini, masih ada kebimbangan yang disuarakan oleh komuniti Orang Asli di kawasan berkenaan.

Penduduk Orang Asli yang tinggal di kawasan itu mendakwa, mereka sangat bimbang de­ngan masalah sosial yang timbul selain mengenai masa depan anak gadis mereka yang dikatakan menjadi buruan lelaki warga asing yang bekerja di situ.

Masalah itu dipercayai berlaku sejak lebih 10 tahun lalu selepas lebih 200 syarikat berlesen didakwa melakukan aktiviti kebun dan perladangan di kawasan Tanah Tinggi Lojing.

Seorang bapa di Kampung Sigar, Jalani Said, 38, berkata, masalah itu sudah lama berlaku apabila peluang pekerjaan di sektor perladangan serta pertanian dimonopoli buruh asing.

Katanya, jarak dan kedudukan ladang yang berhampiran de­ngan kampung Orang Asli juga menyebabkan penempatan mereka menjadi laluan utama pekerja warga asing untuk keluar bekerja.

“Kami bimbang dengan masa depan anak gadis yang keba­nyakannya masih lagi belajar di bangku sekolah.

“Sebelum ini, terdapat kes keluarga Orang Asli di kampung berhampiran yang kehilangan anak gadis mereka selepas terjebak dengan cinta sehingga lari mengikut kekasih mereka,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Penduduk Kampung Sendrop, Abok Anjang, 57, pula berkata, mereka bukan sahaja bimbang dengan keselamatan anak gadis, tetapi masalah sosial dalam kemalangan remaja kaum Orang Asli yang terdedah kepada gejala negatif.

“Kami akui tidak dapat me­ngawal anak gadis dan memantau mereka 24 jam kerana ada pekerjaan lain yang harus dilakukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN