fbpx

KTMB tingkatkan kemudahan dan perkhidmatan tren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Pelancongan Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi menerima cenderahati daripada Mohd. Rani pada majlis menandatangani MoU di Taman Herba Gopeng hari ini.

GOPENG – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam proses meningkatkan perkhidmatan tren dan membangunkan kemudahan yang ada khususnya di kawasan Lembah Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd. Rani Hisham Shamsudin berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan kementerian-kementerian yang terlibat bagi mempercepatkan projek KTMB di Lembah Klang.

“Proses lain termasuk membaik pulih stok tren lama secepat mungkin agar ia boleh diguna selain membeli tren baharu.

“Ini juga melibatkan kementerian-kementerian lain. Bagaimanapun kita akan pastikan perkara ini disegerakan,” katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara KTMB dengan The Treasure@Taman Herba di sini hari ini.

Menurut Mohd. Rani Hisham, cabaran yang dihadapi adalah untuk membaiki trek-trek lama di sekitar Rawang hingga Kuala Lumpur kerana sesetengah tempat masih menggunakan trek tunggal.

“Trek tunggal menyebabkan lintasan antara kereta api terhad selain faktor ketetapan masa yang menjadikan waktu perjalanan lebih panjang.

“Faktor lain ialah jumlah stok kereta api yang terhad disebabkan usia,” uajrnya.

Menurut Mohd. Rani, sekiranya projek berkenaan disiapkan dalam tempoh masa yang dirancang maka langkah seterusnya boleh dimulakan bagi pembinaan rel kereta api berkembar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI