fbpx

Terengganu peruntuk RM2.5 juta hadapi bah musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu sudah melakukan persediaan awal bagi menghadapi musim tengkujuh yang dijangka tiba pada bulan November nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berkata, peruntukan RM2.5 juta telah diluluskan sebagai persiapan banjir di negeri itu.

Beliau menjelaskan peruntukan itu meliputi RM1.5 juta disalurkan kerajaan persekutuan manakala selebihnya RM1 juta lagi daripada kerajaan negeri Terengganu.

“Peruntukan tersebut akan digunakan untuk pembelian bahan mentah dan makanan serta keperluan lain seperti tikar, toto, selimut, tuala, kain batik dan kain pelekat bagi mangsa banjir kelak.

“Bekalan terbabit akan ditempatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu di sebuah Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DSKB) berkapasiti besar di Marang sebelum diagihkan ke17 mini depoh dan 149 pengkalan hadapan di seluruh negeri.

“Pengagihan akan mula dilakukan mulai awal bulan depan ke mini depoh dan pengkalan hadapan.

“Keutamaan akan diberikan di kawasan yang berisiko terputus hubungan seperti Pulau Redang, Kuala Nerus dan Pulau Perhentian, Besut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanafiah berkata, JKM negeri telah mengenalpasti 580 pusat pemindahan sementara (PPS) yang boleh menampung seramai 147,600 mangsa banjir di seluruh negeri berkenaaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI