fbpx

‘Saya terima teguran, video susukan bayi dibuang’ -Adilah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adilah bersama anaknya, Arjuna ketika di Bukit Keluang, Besut, Terengganu.

PETALING JAYA – Tindakan membawa anak seawal usia satu tahun masuk ke dalam hutan dan memberi susu badan kepada bayi itu dengan niat mendekati alam semulajadi tidak mendapat restu daripada orang ramai.

Pemegang Ijazah Sarjana Bidang Zoologi, Adilah Suhailin, 29, berkata, dia tetap dengan pendirian mengajar anak mengenali alam sekitar di awal usia dan tidak mengharapkan skrin telefon sahaja.

“Mendaki bukit itu tiada masalah, kalau tengok dekat aplikasi TikTok, saya ada jelaskan untuk ibu bapa yang nak buat aktiviti di luar pastikan aktiviti itu sesuai dengan anak-anak dan tempat yang tiada binatang buas.

“Yang saya pergi ini tempat orang bawa anak-anak beriadah, ia trek jogging, benda itu tiada masalah sebab ramai orang. Dari segi keselamatan, orang risau makhluk halus, jadi saya buat amalan doa yang setakat ini sangat berkesan,” katanya ketika dihubungi kosmo!.

Tambah Adilah, objektif membawa anaknya, Arjuna yang kini berusia satu tahun ke dalam hutan bagi membolehkan dia berkomunikasi tentang alam bila besar kelak.

“Kami pernah mendaki Bukit Pelindung di Kuantan dan Bukit Keluarga di Besut Terengganu, syukur anak saya tidak pernah merengek sepanjang perjalanan naik dan turun.

“Saya sambung Ijazah Sarjana dalam Konservasi Sains dan Biologi, saya lagi suka anak faham dengan alam. Saya juga aktif organisasi bukan kerajaan dalam bidang konservasi,” ujarnya.

Berkenaan isu susukan anak di tempat terbuka, Adilah bersetuju ia sedikit tidak sopan dan kurang manis untuk dikongsikan secara umum.

“Saya minta maaf sebab tidak jaga sensitif tentang isu ini, tidak sangka benda ini boleh jadi isu, ramai para wanita tidak setuju walaupun benda itu biasa bagi saya, tapi tidak sesuai dirakam.

“Saya menerima nasihat dan beranggapan ia sebagai titik tolak untuk saya buat kandungan (video) yang lebih baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI