fbpx

Sebelum ‘on air’, Nabil Ahmad sempat mengaji al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI memuji Nabil yang istiqamah dengan perubahannya apabila bijak membahagikan masa antara tuntutan dunia dan akhirat.

PETALING JAYA – Perjalanan hijrah pengacara dan pelawak Nabil Ahmad mendalami ilmu agama sering menjadi contoh terbaik buat masyarakat di luar sana.

Kali ini, Nabil yang juga penyampai Era FM mencuri tumpuan ramai menerusi sebuah video memaparkan dirinya meluangkan masa mengaji al-Quran di dalam konti sebelum ke udara.

Video berkenaan dirakam secara diam-diam oleh rakan penyampai, Issey Fazlisham yang mengakui dirinya sangat mengagumi perjuangan Nabil.

“Pukul 7 pagi, mari tengok apa Nabil buat. Mengaji dalam konti,” tulis Issey dalam video tersebut yang dimuat naik dalam TikToknya.

Dalam video berkenaan, Nabil atau nama lengkapnya Ahmad Nabil Ahmad, 38, dilihat khusyuk membaca al-Quran sambil duduk di ruang tepi konti.

Terpaku dengan apa yang dilihat, netizen membanjiri ruangan komen dengan memuji kesungguhan istiqamah serta perjuangan Nabil mencari cinta Tuhan.

“Dia tahu agihkan masa untuk dunia dan juga akhirat. Pesanan untuk diri sendiri juga,” luah seorang netizen.

“Dia cari dan nak dekat, dia jumpa. Semakin rapat, cinta semakin kuat, rindu terpahat. Tak lama lagi dia akan dapat dan pergi bertemu Kekasih itu matlamat,” titip seorang lagi netizen.

Malah perkongsian tersebut turut membuat netizen mengagumi kehidupan ‘baharu’ Nabil yang menjadi contoh buat mereka di luar sana untuk berubah menjadi lebih baik.

“Nabil ini kategori orang yang hebat di sisi Allah. Sudah menunaikan haji pada usia begitu muda. Jujur rasa iri dengan dirinya,” kata seorang lagi netizen.

Terdahulu, Nabil mula melakukan perubahan dalam hidupnya sejak tahun lalu apabila menyertai kumpulan tabligh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI