fbpx

[KEMASKINI] Mayat remaja lemas ditemui tersangkut celah batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penyelamat mengangkat mayat Nurish Qhalisya yang ditemui mati lemas tersangkut celah batu di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor hari ini.

KOTA TINGGI – Mayat remaja perempuan yang hilang selepas mandi-manda bersama lima rakan lain di Pantai Tanjung Balau di sini pagi tadi berjaya dijumpai tersangkut di celah batu, petang hari ini.

Mangsa, Nurish Qhalisya Suhailizam, 13 ditemui pada pukul 2.37 petang kira-kira 50 meter dari lokasi dipercayai hilang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian lemas itu pada pukul 9 pagi melibatkan seorang remaja perempuan terbabit.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan oleh polis dan dibantu anggota bomba telah melakukan pencarian dipermukaan air dan dasar air sebelum berjaya menjumpai mangsa pada jarak 50 meter dari kawasan mangsa hilang.

“Mangsa yang ditemui telah meninggal dunia dipercayai akibat lemas. Mangsa dijumpai dalam keadaan tersangkut pada celah batuan di kawasan pencarian.

“Makluman awal diterima mangsa bersama mereka yang lain sedang riadah dimana ketika kejadian mereka datang ke pantai ini untuk mandi mandi dan difahamkan telah mendapat izin ahli keluarga untuk ke sini,” katanya kepada media di Pantai Tanjung Balau hari ini.

Katanya, pihak keluarga juga telah melakukan pengecaman dan mayat dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk urusan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Menurutnya, dua lagi mangsa yang tidak sedarkan diri dalam kejadian itu kini sedang dalam pemantauan rapi hospital manakala tiga lagi mangsa yang selamat dalam keadaan stabil.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang remaja hilang, dua lagi rakannya kritikal serta tiga selamat dalam kejadian lemas ketika mandi-manda bersama keluarga di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI