fbpx

Giliran Lee Min-ho turun KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE MIN-HO

SELEPAS penyanyi Rain, peminat di Malaysia nampaknya berpeluang untuk bertemu bersama seorang lagi selebriti Korea Selatan kegilaan ramai iaitu Lee Min-ho.

Terbaharu, jenama perkakas rumah terkenal Cuckoo mengumumkan penganjuran sebuah konsert ulang tahun kelapan, Cuckoo Appreci8th pada 1 Oktober depan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Apa yang menarik perhatian, Lee Min-ho yang merupakan duta jenama tersebut turut akan membuat penampilan istimewa bersama rakan sejawatnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menjengah Twitter Min-ho, rata-rata peminat di Malaysia turut memberikan komen dan tidak sabar lagi menunggu tarikh 1 Oktober untuk bersemuka dengan bintang Legend Of The Blue Sea secara dekat.

Dikatakan, tidak hanya mereka berdua, konsert tersebut turut dihadiri beberapa artis popular tanah air seperti Hael Husaini, Dolla, Aina Abdul, Datuk Jamal Abdillah, Khai Bahar dan Floor 88.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI