fbpx

Penjara jika guna alat pemanas berlebihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhu di bangunan-bangunan yang menggunakan pemanas gas tidak boleh melebihi 19 darjah Celsius. – Shutterstock

BERN, SWITZERLAND – Kerajaan Switzerland  mempertimbangkan usul mengenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun kepada individu yang didapati memanaskan bilik pada suhu melebihi 19 darjah Celsius, lapor portal berita MailOnline semalam.

Langkah itu susulan Switzerland  terpaksa menjimatkan penggunaan gas akibat impak perang di Ukraine.

Jurucakap Jabatan Kewangan Persekutuan, Markus Sporndli berkata, pengguna yang ingkar juga berdepan  denda harian yang bermula pada kadar £26 (RM134.70).

Syarikat-syarikat yang menggunakan gas melebihi kuota juga akan berdepan dengan hukuman.

Berdasarkan langkah-langkah tegas yang bakal dilaksanakan itu, suhu di dalam bangunan yang menggunakan alat pemanas bekuasa gas tidak boleh melebihi 19 darjah Celsius, dengan suhu air dipanaskan tidak melebihi 60 darjah Celsius.

Penggunaan pemanas radiant juga tidak akan dibenarkan dengan bilik sauna dan kolam renang perlu kekal sejuk.

Langkah-langkah tersebut termaktub dalam Undang-Undang Persekutuan mengenai Bekalan Ekonomi Negara, yang dirujuk oleh Jabatan Hal Ehwal Ekonomi Persekutuan (EAER) dalam satu dokumen rasmi.

Usul tersebut diramal bakal memberikan cabaran kepada kerajaan dan boleh mencetuskan pertikaian. Langkah itu, sekiranya dilaksanakan, juga akan menyebabkan mahkamah ‘sibuk’ dan kerajaan perlu mengendalikan sebarang isu berbangkit.

Pihak berkuasa tempatan di Switzerland diberikan tempoh  sehingga 22 September ini bagi mengemukakan sebarang kebimbangan atau bantahan mengenai langkah tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI