fbpx

Cristiano Ronaldo bakal dalam kesebelasan utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO dijangka disenaraikan dalam kesebelasan utama United menjelang aksi menentang Real Sociedad pada saingan Liga Europa di Stadium Old Trafford awal pagi esok. – MUFC

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag dijangka melakukan rombakan dalam kesebelasan utama menjelang aksi pembukaan Kumpulan E menentang Real Sociedad pada saingan Liga Europa di Stadium Old Trafford awal pagi esok.

Difahamkan, United yang telah merekodkan empat kemenangan berturut-turut dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal merehatkan beberapa pemain utama seperti Bruno Fernandes, Christian Eriksen, Raphael Va­rane dan Marcus Rashford.

Antara pemain yang dijangka berada dalam kesebelasan utama nanti adalah tonggak yang sebelum ini diketepikan seperti Cristiano Ronaldo, Casemiro, Victor Lindelof, Luke Shaw dan kap­ten pasukan, Harry Maguire.

Tonggak tengah The Red De­vils, Eriksen mengakui semua pemain skuad utama tidak ada masalah untuk bersaing dalam usaha merebut minit permainan selain menunjukkan mentaliti positif pada sesi latihan.

“Selepas mengalami dua kekalahan awal musim ini, kita berjaya mengubah keputusan dan merekodkan empat kemenangan berturut-turut. Apa yang kami lalui ketika ini cukup positif dengan setiap pemain memainkan peranan masing-masing.

“Saya percaya semua sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik tidak kira diturun­kan dalam kesebelasan utama atau pemain simpanan selain memahami apa yang jurulatih mahukan.

“Apa yang pasti, kita akan beraksi banyak perlawanan musim ini dan sudah pasti semua orang memiliki peluang sama rata,” kata pemain antarabangsa Denmark itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI