fbpx

EPMP dapat kelulusan daftar, lesenkan motosikal elektrik Blueshark R1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal elektrik keluaran EPMB yang akan dikeluarkan untuk pasaran tempatan.

PETALING JAYA – EP Manufacturing Berhad (EPMB) telah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) dan Homologasi, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) di bawah Akta Pengangkutan Jalan Malaysia 1987 untuk mendaftar dan melesenkan kenderaan elektrik dua roda (EV) pertamanya.

Kebenaran itu diperoleh kira-kira sebulan selepas Kumpulan menerima Kelulusan Bersyarat daripada kerajaan untuk pembinaan kilang pembuatan sulungnya bagi pengeluaran kenderaan dua roda elektrik yang dikenali sebagai Blueshark SG3000DT atau lebih dikenali sebagai Blueshark R1.

Sijil VTA itu telah dikeluarkan kepada EP Blueshark Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh EPMB.

Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah berkata, melalui kelulusan  ini, ia akan  membuka lembaran baharu kepada Kumpulan  untuk mempelbagaikan pelengkap kepada perniagaannya sekarang.

“Kami kini selangkah lebih dekat untuk meraih unjuran lonjakan permintaan untuk EV dua roda di Malaysia. 

“Penerokaan kami ke dalam perniagaan EV dua roda disokong dengan baik oleh pengetahuan teknikal Sharkgulf Technologies Group Limited yang berpangkalan di China,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Sebagai tambahan kepada kilang pembuatan dan pusat jualan serta pengedaran itu, EPMB juga akan menubuhkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang akan berkongsi pengetahuan teknikal dan sumber kepada Gigafactory Sharkgulf di Wilayah Baru Pantai Barat Qingdao.

 Antara ciri-ciri menarik kenderaan dua roda itu adalah ia dikuasakan oleh generasi baharu bateri litium-ion mudah alih dan boleh tukar, menjadikannya motosikal yang lebih padat dan cekap. 

Dalam beberapa saat, pengguna akan dapat menukar bateri yang sudah digunakan dengan bateri yang dicas penuh di stesen pertukaran, stesen swap yang  boleh diletakkan di mana-mana sahaja yang boleh diakses seperti kedai serbaneka, stesen minyak dan tempat letak kereta. 

Bateri juga boleh dicas di rumah menggunakan dok pengecasan khusus.

Selain itu, motosikal elektrik juga boleh dibuka kuncinya dengan mudah hanya dengan cap jari dan dilengkapi dengan 74 penderia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI