fbpx

Covid-19: Kes dilaporkan bawah 2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini terus menunjukkan pola penurunan apabila mencatatkan sebanyak 1,904 kes termasuk satu kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,753,362 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 3,138 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,726,250 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 28,961 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan pertambahan sejumlah negatif 1,236.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 671 diikuti Kuala Lumpur (328), Sabah (167), Perak (165), Negeri Sembilan (87), Melaka (84), Pulau Pinang (77), Johor (70) dan Sarawak (68).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Kedah (50), Pahang (44), Kelantan (42), Terengganu (21), Putrajaya (18), Perlis (10) dan Labuan (2),”kata maklumat itu hari ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak dua kematian dilaporkan dengan tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,245.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,704 setakat ini.

Sebanyak 27,584 kes dikuarantin di rumah, 18 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,286 kes di hospital, 37 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 36 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI