fbpx

Ribut petir dan hujan di lapan negeri Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan dilaporkan melanda beberapa kawasan melibatkan lapan negeri di Semenanjung pada pagi ini serta Sabah dan Sarawak.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, ribut petir di satu dua tempat kawasan pantai Perak, manakala hujan di kawasan pantai Perlis serta kebanyakan tempat di kawasan pantai Kedah.

“Hujan turut dilaporkan di beberapa tempat di Pulau Pinang serta satu dua tempat di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi Sabah, hujan pada pagi ini di satu dua tempat meliputi pedalaman, pantai barat, Tawau selain Labuan.

“Sarawak pula hujan pagi ini melibatkan satu dua tempat di Mukah,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI