fbpx

Jambatan gantung uzur, ada penduduk jatuh sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk Orang Asli menunjukkan lantai besi jambatan gantung Kampung Angkek dan Podek di Gua Musang yang tercabut.

UA MUSANG – Lebih 500 penduduk Orang Asli di Kampung Angkek dan Podek di Ranca­ngan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis di sini, memohon kerajaan menaik taraf jambatan gantung merentasi Sungai Betis yang semakin uzur dan rosak.

Penduduk melalui jambatan gantung itu dengan menunggang motosikal untuk ke kampung berhampiran serta melakukan urusan di bandar Gua Musang setiap hari.

Penghulu Kampung Angkek dan Podek, Damak Angah berkata, jambatan itu dibina selepas kejadian banjir besar pada 2014 apabila jambatan asal di kampung mereka telah runtuh.

Katanya, jambatan itu sering menjadi laluan alternatif penduduk kampung sehingga menyebabkan laluan itu semakin rosak.

“Ada penduduk kampung pernah terjatuh ke dalam sungai kira-kira tiga tahun lalu kerana bahagian pagar dawai jambatan itu mengalami kerosakan.

“Penduduk kampung risau dengan keselamatan mereka ketika melalui jambatan gantung itu, namun terpaksa untuk ke kebun dan juga menghantar anak ke sekolah,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Seorang penduduk, Abu Bakar, 40, berkata, penduduk berharap agar pihak berkuasa segera membaik pulih jambatan gantung yang menjadi laluan perhubungan mereka setiap hari.

Katanya, jambatan gantung itu bukan sahaja digunakan oleh penduduk Kampung Angkek dan Podek, tetapi juga penduduk kampung sekitar seperti di Taman Sri Galas, di sini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim ketika dihubungi berkata, dia telah mengambil maklum keadaan jambatan tersebut.

Beliau memberi jaminan akan menyelesaikan masalah yang dihadapi termasuklah membaik pulih kerosakan struktur jamba­tan yang berlaku secepat mungkin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI