fbpx
Tersesat semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dipercayai menjadi punca seorang wanita warga emas memandu secara melawan arus bagi mencari susur keluar dari Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (Dash).

Sesat cari jalan pulang punca warga emas pandu lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tersesat semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dipercayai menjadi punca seorang wanita warga emas memandu secara melawan arus bagi mencari susur keluar dari Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (Dash).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.30 malam, semalam.

“Tiada kemalangan dilaporkan berlaku melibatkan kenderaan suspek dengan mana-mana kenderaan lain atau objek di lokasi kejadian.

“Wanita berusia 80-an itu telah ditahan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan lalu lintas bagi mengelakkan sebarang kejadian yang boleh mengundang risiko kemalangan.

Orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor S. Jayseelan di talian 018-2582531. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN