Saudara pengarang, MINGGU lalu saya berkesempatan balik untuk menziarahi keluarga di kampung di Kelantan. Saya memahami beberapa kawasan bermula dari Gua Musang hingga ke Kuala Krai kini dalam proses pembinaan Lebuh Raya Lingkaran Tengah (LTU) yang dijangka siap dalam beberapa tahun lagi. Apa yang menyedihkan saya adalah sikap segelintir pemandu lori atau sentiasa dipanggil ‘pilot darat’ yang masih berdegil melalui laluan yang sebelum ini diisytiharkan larangan untuk kenderaan berat. Laluan itu adalah bermula dari bulatan Simpang Pulai sehingga ke Taman…














