fbpx

Data pesalah rasuah Najib dikemaskini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemaskini pangkalan data pesalah rasuah di dalam laman webnya melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tinjauan Kosmo! mendapati, status Najib kini diletakkan sebagai ‘pesalah rasuah’ berbanding ‘sedang dirayu’ ketika keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati Najib bersalah melibatkan kes SRC International Sdn. Bhd. dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

Nama Najib sudah ada dalam pangkalan data pesalah rasuah SPRM.

Penukaran status itu baharu sahaja dilakukan kerana sebelum ini ia masih di peringkat rayuan ketika tinjauan sehari selepas Najib dikekalkan bersalah oleh panel hakim di Mahkamah Persekutuan.

SPRM melalui laman webnya telah memuat naik pangkalan data pesalah rasuah sebagai salah satu usahanya untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai pelaku rasuah yang telah menerima hukuman. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI