fbpx

Kongsi lokasi jika benar Jho Low di China – Hamzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah ketika bercakap pada sidang akhbar program Visa Premium Malaysia di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mahu lokasi tepat kedudukan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dikongsi segera jika benar individu itu berada di Disneyland, Shanghai di China seperti didakwa.

Hamzah berkata, segala maklumat yang diperolehi berhubung kedudukan ahli perniagaan itu perlu dimaklumkan kepada Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Dia tahu, kenapa tidak maklum kepada kita lokasi apa semua?,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Program Visa Premium (PVIP) Malaysia, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan individu mirip Jho Low dilihat di taman tema berkenaan pada malam Krismas 2019.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata, beliau juga enggan mengulas mengenai dakwaan kononnya wujud perjanjian antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti didedahkan penulis blog, Raja Petra Kamarudin.

“Jika nak tahu surat itu sahih atau tidak? Kenapa tak tanya Raja Petra? Beliau yang bocorkan surat itu,” katanya.

Raja Petra mendedahkan kandungan surat perjanjian itu antara lain menyatakan bahawa Ismail Sabri didakwa bersetuju untuk menyegerakan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di mahkamah jenayah.

Isu sama juga pernah didedahkan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam baru-baru ini termasuk mendakwa Ismail Sabri turut bersetuju mengekalkan Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya kononnya ada dakwaan nama Najib tiada dalam pangkalan data Jabatan Penjara, Hamzah berkata, beliau mengingatkan kepada semua supaya tidak mempercayai dakwaan berkenaan.

“Sebelum ini ada tahu ke pengkalan data? Kalau tidak tahu, macam mana ada dakwaan?
Kalau bab dakwaan atau surat layang, usah dengar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI