fbpx

@De Dagang sasar jualan kasar cecah RM1.5 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar.

PUTRAJAYA – Kerajaan melancarkan kempen Jualan Murah Keluarga Malaysia @De Dagang bermula bulan ini sehingga hujung tahun dalam usaha mengurangkan beban perbelanjaan rakyat dengan mempelbagaikan platform pembelian.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan memberikan insentif seperti potongan harga, baucar diskaun, rebat dan baucar penghantaran kepada rakyat bagi mendorong lebih banyak pembelian secara online.

Menurut beliau, kempen itu selari dengan aspirasi pasukan berkenaan iaitu menurunkan kadar inflasi dan harga makanan, terutamanya menerusi Program Jualan Murah Keluarga Malaysia dengan sokongan Kementerian Kewangan (MOF).

Katanya, kempen tersebut dijangka memberi manfaat kepada 100,000 perniagaan tempatan yang mana 30,000 daripadanya adalah perniagaan baharu dengan Jumlah Jualan Kasar (GMV) yang disasarkan bakal melebihi RM1.5 bilion dengan menjana sebanyak 5 juta transaksi.

“Melalui kerjasama bersama rakan platform digital, kempen ini membolehkan rakyat berbelanja pada harga berpatutan seperti pembelian produk keperluan asas dan runcit, makanan dan perkakasan rumah yang boleh didapati dengan potongan diskaun sehingga 20 peratus.

“Pada masa sama ia membantu usahawan dalam sektor sasaran seperti produk-produk halal, hasil pertanian dan produk buatan Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Annuar berkata, insentif-insentif yang ditawarkan melalui kempen itu boleh ditebus daripada 17 rakan platform digital tempatan seperti Bizapp, Kumoten, Lokein.com, Maybank, Rtist, SiteGiant, Wonderfly, InstanteStore, Jocom dan Kravve,

Ia juga akan turut disertai platform luar negara seperti Fave, FoodPanda, Grab, Lazada, OYO Hospitality, Shopee, dan TikTok.

“@De Dagang akan membantu usahawan yang mempunyai produk barangan buatan dan jenama Malaysia yang berpotensi untuk diekspot serta produk pelancongan dan kraf untuk mengguna pakai dan memanfaatkan platform digital.

“Kempen ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Belanjawan 2022 menyalurkan manfaat dan sokongan kewangan bernilai RM300 juta kepada perniagaan tempatan melalui pelbagai platform e-Dagang dan e-Bayar yang bertujuan menambah baik keupayaan penjualan, sekaligus meningkatkan pendapatan mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI