fbpx

Kali pertama ‘Little Bird’ pamer kehebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Helikopter jenis MD530G atau turut dikenali sebagai ‘Little Bird’ muncul pada perarakan Hari Kebangsaan ke-65 di Dataran Merdeka hari ini.

KUALA LUMPUR – Aset terbaharu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), helikopter jenis MD530G atau turut dikenali sebagai ‘Little Bird’ buat julung kalinya mempamerkan kehebatan apabila muncul pada perarakan Hari Kebangsaan ke-65 di Dataran Merdeka hari ini.

Kelincahan pergerakan helikopter serangan ringan milik Tentera Darat Malaysia buatan Amerika Syarikat itu ternyata ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia sejak sekian lama.

Ruang udara Dataran Merdeka digegarkan dengan kehadiran tiga buah helikopter tempur itu yang dilengkapi sistem persenjataan seperti pelancar roket 70 milimeter (mm), gatling gun 7.62mm serta mesingan berat 12.7 mm.

Little Bird berperanan sebagai helikopter tempur ringan dengan kemampuan menggempur kenderaan perisai ringan dan trup infantri pada jarak 500 meter hingga tujuh kilometer selain melaksanakan tugas tinjauan udara.

Selain MD530G, pertunjukkan udara kali ini juga turut disertai oleh pesawat milik pasukan keselamatan dan penguatkuasaan dari Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan MAritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Antara helikopter pasukan keselamatan yang turut serta bersama MD530G adalah, EC 725AP, AW 109, MD 530G, Fennec, AW139, AW 189 dan MI 17.

Segmen tersebut turut dibarisi pesawat-pesawat pejuang jenis Sukhoi SU 30 MKM, F18D Hornet, B.A.E Hawk serta pesawat angkut Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), A400M dan C130.

Sebelum ini, penerimaan enam helikopter serangan ringan MD530G itu sepatutnya diterima dalam dua fasa dengan dua daripadanya pada Julai 2017 dan empat lagi sebelum Disember 2018.

Namun,penghantarannya mengalami kelewatan selama hampir empat tahun atas beberapa faktor antaranya kelengkapan spesifikasi khusus yang diingini pihak ATM.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI