fbpx

15 atlet perahu layar kibar jalur gemilang di lautan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 15 atlet MeSSA mengibarkan jalur gemilang dari Pantai Pengkalan Balak sehingga ke Pantai Tanjung Bidara, hari ini.

ALOR GAJAH – Sambutan Hari Kebangsaan 2022 disambut dengan penuh kelainan di Pantai Tanjung Bidara di sini apabila seramai 15 atlet perahu layur mengibarkan jalur gemilang di lautan selama satu jam.

Program yang dinamakan Layar Merdeka itu merupakan kejutan yang dibawakan oleh Persatuan Pelayaran Negeri Melaka (MeSSA) kepada para pengunjung sempena bulan kemerdekaan.

Menurut seorang pengunjung Norlela Maarif, 50, dia tidak sangka kedatangannya di pantai itu bersama ahli keluarga ‘disambut’ dengan aktiviti tersebut, sekali gus berpeluang melihat sukan perayu layar secara dekat.

“Sampai sahaja kami nampak sekumpulan perayu layar sedang mengibar jalur gemilang, saya pun teruslah ambil peluang merakamkan detik itu menggunakan telefon kerana bukan selalu berpeluang lihat sukan ini secara live.

“Banyak gambar dan video yang sempat saya rakamkan, anak-anak dan cucu juga teruja melihat aksi atlet yang mengimbangi perahu mereka dalam keadaan laut bergelora,” katanya ketika ditemui di Pantai Tanjung Bidara, hari ini.

Program yang bermula sejak pukul 9.30 pagi itu telah dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Duyong, Mohd. Helmy Abdul Halim selaku bapa angkat Kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Sukan Pelayaran Negeri.

Sementara itu, Komander MeSSA, Ong Tai Chu berkata, aktiviti kibaran jalur gemilang itu melibatkan atlet berusia 13 hingga 18 tahun yang memulakan perjalanan dari Pengkalan Balak hingga ke Tanjung Bidara.

“Hari ini pengunjung berpeluang menyaksikannya jalur gemilang dikibarkan di sepanjang pantai dengan jarak lebih lima kilometer.

“Secara tidak langsung program seperti ini juga dapat mempromosikan sukan pelayaran kepada orang ramai,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI