fbpx

Banjir di Pakistan semakin buruk, catat lebih 1,000 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berkumpul di hadapan jalan yang rosak akibat banjir berikutan hujan monsun lebat di kawasan Madian di utara Lembah Swat di Pakistan semalam. - AFP

ISLAMABAD – Kerajaan wilayah dan badan meteorologi Pakistan memberi amaran bahawa air Sungai Swat dan Indus berpotensi melimpah, sekali gus mencetuskan lebih banyak kejadian banjir kilat yang menjejaskan penduduk tempatan, lapor akhbar Saudi Gazette.

Kerajaan wilayah Khyber Pakhtunkhwa telah mengisytiharkan darurat hujan di beberapa daerah di wilayah itu sehingga 30 Ogos ini.

Badan pengurusan bencana wilayah tersebut pula memberi amaran bahawa Sungai Swat mungkin menyebabkan banjir yang sangat buruk, lapor agensi berita Dawn.

Banjir di Pakistan telah menjejaskan lebih 30 juta orang dengan wilayah Balochistan dan Sindh paling teruk terjejas. 

Selain itu, wilayah Khyber Pakhtunkhwa telah merekodkan 251 kematian akibat bencana itu sejak Jun lalu. 

Pada Jumaat lalu, 12 orang maut dalam banjir kilat di beberapa bahagian di Sungai Swat. Sungai itu telah melimpah dan membawa kepada banjir yang menghanyutkan sekurang-kurangnya 24 jambatan dan 50 buah hotel.

Angka kematian akibat banjir monsun di Pakistan sejak Jun lalu mencecah 1,033 orang, demikian menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA).

NDMA berkata, 119 maut dalam tempoh 24 jam sebelum ini ketika hujan lebat terus melanda beberapa wilayah di Pakistan.

Menurut pegawai, banjir monsun tahun ini telah menjejaskan lebih 33 juta orang dengan nisbah satu daripada tujuh rakyat Pakistan. Ia memusnahkan atau merosakkan hampir sejuta rumah dengan teruk. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI