fbpx

Dokumen kes Rosmah tular, Mahkamah Persekutuan buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah.

PUTRAJAYA – Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) membuat satu laporan polis berhubung laporan portal berita mendedahkan dokumen didakwa berkaitan keputusan kes rasuah isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

PKPMP dalam satu kenyataan berkata, laporan berita itu merupakan suatu tindakan sengaja menjejaskan integriti pengoperasian mahkamah dan pentadbiran keadilan.

“Pejabat ini menegaskan bahawa badan kehakiman tidak akan diganggu gugat oleh perbuatan-perbuatan yang menyalahi undang-undang dan tidak bertanggungjawab bagi menjejaskan integriti sistem kehakiman negara,” katanya tadi.

Terdahulu, berita bertajuk ‘Rosmah Mansor will be pronounced guilty on 1st September 2022’ dan ‘Download or view the 71 page judgement and guilty verdict on Rosmah Mansor here’ telah disiarkan sebuah portal berita pada 26 Ogos 2022.

Laporan itu mendakwa dokumen berkenaan adalah kertas keputusan penghakiman kes rasuah Rosmah membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Keputusan berhubung kes terbabit dijadual dibacakan di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 September ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI