fbpx
GAMBAR kenangan Nur Suziana bersama suaminya di rumah mereka di Kota Samarahan, Sarawak.

Duit pampasan ringankan beban balu mangsa serangan buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Tiada apa yang diharapkan daripada seorang isteri selain bersyukur apabila keluarganya menerima bantuan sekalipun dia kehilangan suami yang maut akibat dibaham buaya pada Mei tahun.

Menurut Nur Suziana Saili, 26, yang merupakan penerima Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas (KWABMSBB), bantuan sebanyak RM10,000 yang diterima dari Jabatan

Kebajikan Masyarakat (JKM) akan digunakan sebaiknya untuk membesarkan anak.

Katanya, Wanita berasal dari Kota Samarahan, Sarawak itu kematian suami, Allistar Rabanie akibat diserang buaya di Sungai Kampung Air, Kota Samarahan Mei tahun lalu.

“Bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban saya selepas kehilangan tempat bergantung. Suami diserang buaya ketika dia keluar menjala ikan pada 25 Mei 2021.

“Saya bersyukur ada bantuan seperti ini dari JKM, dapatlah saya membesarkan dua cahaya mata walaupun tanpa suami di sisi.

“Sekurang-kurangnya saya ada sedikit simpanan untuk belanja harian selain boleh digunakan jika berlaku sebarang kecemasan kelak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini baru-baru ini.

Nur Suziana merupakan antara 30 orang individu atau waris menerima bantuan daripada JKM akibat serangan buaya di Sarawak yang berlaku antara tahun 2018 hingga Julai 2022.

Bercerita mengenai kejadian serangan binatang buas itu, Nur Suzaini memberitahu, suami dan ayahnya keluar untuk menjala ikan di sungai berdekatan kira-kira pukul 9 pagi ketika hari kejadian.

“Sebelum suami keluar, dia sempat usap perut saya di mana ketika itu sedang hamil enam bulan. Arwah juga cakap dia jalan dulu dan jumpa lagi nanti.

“Bagaimanapun, selepas dua jam, saya dimaklumkan oleh ayah bahawa suami hilang di sungai ketika menjala dan mayatnya ditemui dua hari kemudian,” jelasnya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN