fbpx

Tune Protect lancar produk insurans kesihatan Critical Safe+

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEHTA (kanan) pada majlis pelancaran produk insurans baharu Tune Protect di Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Tune Protect Malaysia (Tune Protect) melancarkan Insurans penyakit kritikal pertamanya, Critical Safe+  iaitu insurans kesihatan dalam talian yang melindungi pelanggan daripada penyakit kritikal tahap lanjutan pada harga mampu milik.

Produk yang menawarkan pilihan fleksibel itu bakal menarik golongan Milennial dan Zillennial selain dapat membantu pelanggan menangani masalah kewangan selepas diagnosis penyakit kritikal sambil memberi tumpuan kepada pemulihan dengan ketenangan fikiran.

Ketua Pegawai Eksekutif Tune Protect, Jubin Mehta berkata, melalui Critical Safe+ pelanggan boleh menyesuaikan pelan insurans berdasarkan bajet mereka dan mendapatkan perlindungan kewangan yang diperlukan terhadap penyakit kritikal ini. 

Jelasnya, produk tersebut menyediakan tiga pilihan berbeza iaitu Top 2, Top 5 dan kesemua 39 penyakit kritikal dengan jumlah perlindungan insurans dari serendah RM30,000 sehingga RM200,000. 

“Pelanggan boleh memilih mana-mana daripada tiga pilihan ini berdasarkan keperluan perlindungan dan bajet mereka. 

“Ketiga-tiga pilihan merangkumi tahap lanjutan penyakit kritikal dengan bayaran 100 peratus selepas diagnosis. 

“Bagi pelanggan yang ingin meningkatkan tahap perlindungan mereka, pelanggan boleh memilih Top 5 atau kesemua 39 pilihan penyakit kritikal yang memberikan mereka fleksibiliti untuk menambah Early Stage Cover (Perlindungan Peringkat Awal) dan Diabetic Care Disease (Penyakit Penjagaan Diabetik) dengan premium tambahan ke atas pelan utama mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pelancaran produk terbaharu Critical Safe+ di sini semalam. 

Critical Safe+ tersedia dalam talian melalui laman sesawang dan aplikasi mudah alih Tune Protect dan semua pembelian dalam talian layak untuk diskaun sebanyak 15 peratus.

 Prosedur tuntutan juga cepat dan mudah kerana pelanggan boleh membuat tuntutan melalui saluran dalam talian yang sama, menjadikan proses ini mudah dan lancar.

Selain itu, pelanggan juga boleh memilih pembayaran premium bulanan untuk meringankan komitmen kewangan mereka. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI