fbpx

MOF, NGO wanita sedia Belanjawan Responsif Gender 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Azizah (tengah) berkenan menunjukkan buku "Keberanian Pelopor Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Inspirasi Perjuangan Masa Kini' selepas gimik pelancaran pada sambutan Hari Wanita Ke-60 di sini, hari ini. - FOTO: FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF) dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita akan menyediakan ‘Belanjawan Responsif Gender’ bermula 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob berkata, bajet berasaskan data asing gender itu adalah khusus kepada kumpulan sasaran B40.

“Usaha ini akan mengenal pasti kumpulan sasar dan mengagih sumber mengikut keperluan penerima yang signifikan bilangannya.

“Bantuan ini bukan sahaja kepada ibu tunggal tetapi juga untuk bapa tunggal sekiranya semakin tinggi peningkatan dalam sesebuah komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Wanita ke-60 di Dewan Perdana Felda, di sini hari ini.

Turut hadir Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dan Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Prof. Emerita Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Dalam pada itu, Ismail Sabri mengakui masih banyak ruang yang perlu ditambahbaik supaya isu-isu berkaitan wanita dapat ditangani dengan lebih berkesan.

“Justeru, kerajaan mengiktiraf program dan inisiatif yang dimainkan oleh pelbagai pihak seperti institusi akademik, NGO, sektor awam untuk memperkasakan wanita di negara ini,” ujarnya.

Tambahnya, pemerkasaan golongan wanita sentiasa menjadi keutamaan kerajaan susulan wanita di negara ini bukan sekadar perlu dihormati tetapi wajar diberikan pengiktirafan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI