fbpx

Anggota, pegawai IPK Kelantan sudah diberi taklimat PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (tiga dari kanan) mengacau bubur asyura sempena Program Mahabbah Bubur Asyura Peringkat IPK Kelantan di Kota Bharu hari ini. - FOTO: ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan sudah memberi taklimat kepada semua anggota dan pegawai polis mengenai pelaksanaan tugasan sekiranya parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, taklimat yang diberikan kepada seluruh warga IPK Kelantan itu itu memfokuskan kepada perkhidmatan polis semasa pelaksanaan PRU-15.

Menurutnya, sehubungan itu, polis Kelantan akan menjalankan latihan dan strategi agar pasukan berada pada tahap yang maksimum.

“Kita turut bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya sekiranya parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

“Berdasarkan situasi semasa, semua petugas di IPK Kelantan sudah bersedia sekiranya PRU-15 diadakan pada bila-bila masa,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Mahabbah Bubur Asyura Peringkat IPK Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Muhamad Zaki, persiapan logistik dan keanggotaan yang ditugaskan di lapangan merupakan isu penting yang perlu diberi perhatian sepanjang PRU-15.

Katanya, persiapan kedua-dua aspek itu perlu dititik beratkan kerana situasi menjelang pilihan raya kali ini berkemungkinan lebih mencabar berbanding PRU-14.

“Setakat ini, persiapan anggota Pasukan Unit Tempur Ringan (LSF) sedang dipergiatkan melibatkan anggota lelaki dan wanita di seluruh daerah.

“LSF merupakan unit penting sebagai persediaan bagi mengatasi sebarang situasi melibatkan ancaman ketenteraman awam ketika PRU-15,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI