fbpx

3 kategori baharu FFM32, sasar filem luar negara bertanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Profesor Dr. Md. Nasir Ibrahim (tengah) memegang trofi Festival Filem Malaysia ke-32 bersama Pengarah Eksekutif Royal Selangor, Chen Tien Yue (dua kiri), Pengarah Pemasaran Finas, Muhammad Ar-Riyyan Mohamad Roslan (kiri), Timbalan Ketua Pengurusan Finas, Rozita Waty Ridzuan (dua kanan) dan Timbalan Ketua Pengarah Produksi Finas, Syirfan Indra Mitra Surya Hussin (kanan) selepas sidang akhbar FFM32 di Royal Selangor International, Setapak di sini hari ini. FOTO / AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Festival Filem Malaysia menyaksikan sebanyak tiga kategori baharu diperkenalkan sempena penganjuran edisi ke-32 anugerah berkenaan yang akan diadakan pada Disember depan.

Tiga kategori yang diperkenalkan pada Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) tersebut merupakan Anugerah Seniwati Sepanjang Zaman, Anugerah Filem Antarabangsa Terbaik dan Anugerah Filem Pendek Terbaik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Profesor Dr. Md. Nasir Ibrahim, penambahan tiga kategori tersebut bertujuan meluaskan lagi penyertaan di samping memberi penghargaan kepada penggiat seni.

“Kategori Anugerah Seniwati Sepanjang Zaman diwujudkan untuk memberi penghargaan kepada mereka yang berjasa dalam industri perfileman tanah air.

“Sementara dua lagi kategori yang ditambah dibuka untuk memberi lebih banyak peluang kepada penggiat seni menyertai festival filem ini,” katanya.

Md. Nasir berkata demikian ketika sidang media pertama FFM32 yang diadakan di Royal Selangor International, Setapak sebentar tadi.

Tambahnya, FFM32 menyasarkan penyertaan daripada 10 buah negara untuk menyertai kategori Anugerah Filem Antarabangsa Terbaik dan setakat ini, Finas menerima maklum balas positif daripada pelbagai negara.

Selain itu, penganjuran FFM32 kali ini turut membuka peluang untuk filem-filem yang ditayangkan di televisyen menerusi platform seperti Astro First mengambil bahagian bertanding.

“Selain filem yang memasuki pawagam, naskhah yang ditayangkan menerusi platform seperti Astro First juga layak bertanding. Bagaimanapun, penyertaan ini tidak dibuka untuk filem yang ditayangkan dalam platform penstriman seperti Netflix dan sebagainya,” katanya.

Penganjuran FFM32 yang akan berlangsung pada 2 Disember depan mengangkat tema Filem Kita, Citra Kita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI