fbpx

Suka pakai hijab, rasa tenang – Jasmine Suraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JASMINE SURAYA

PETALING JAYA – Pelakon Jasmine Suraya mengakui timbul ketenangan dalam jiwanya setiap kali menyarungkan hijab di kepala.

Bukan sahaja berasa nyaman, berhijab juga memudahkan kerjanya, lebih-lebih lagi ketika menjayakan watak wanita Muslim dan bertudung dalam mana-mana karya lakonan.

“Sejujurnya, saya suka pakai hijab sebab entah bagaimana, ada ketenangan dalaman. Rasa macam tenang juga.

“Saya juga tak perlu risau nak berdandan banyak sangat. Keadaan jadi lebih mudah dan selesa. Luahan hati sis je,” katanya.

Pelakon itu berkata demikian dalam satu hantaran InstaStory dengan memuat naik gambar lama memakai jubah dan hijab berwarna hitam ketika menghadiri sebuah majlis agama baru-baru ini.

Jasmine sebelum itu menerusi hantaran berbeza memuat naik foto dan video lakonannya dalam sebuah telefilem berjudul Back To You sekitar 2019 memaparkan dia memegang watak wanita bertudung.

“Setiap kali tengok diri sendiri pegang watak memakai tudung, mengingatkan saya tentang abaya yang dipakai sewaktu menghadiri sebuah acara sangat istimewa baru-baru ini,” katanya.

Beberapa minggu lalu, Jasmine mencuri tumpuan apabila menghadiri sebuah majlis agama, Malam Maulid Cinta anjuran Pertubuhan Kasih Neelofa.

Dia yang hadir mengenakan jubah dan bertudung litup menuai pujian kerana sudi dan berminat menyertai majlis tersebut biarpun berlainan agama.

Malah pelakon drama Ratu Tenpin itu menjadi antara orang terakhir meninggalkan lokasi seperti dimaklumkan Neelofa.

Majlis tersebut dihadiri ramai selebriti popular lain seperti Irma Hasmie, Ika Nabella, Amyra Rosli, Izara Aishah, Lufya, Elizad Sharifuddin dan Anita Baharom. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI