fbpx

Penutupan 18 jalan sempena sambutan Hari Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dataran Merdeka.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 18 jalan akan ditutup di sekitar ibu kota sempena sambutan Hari Kebangsaan kali ke-65 bermula 26 Ogos sehingga 31 Ogos ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, penutupan jalan akan dilaksanakan bagi memberi laluan kepada perarakan yang bermula pukul 6 pagi sehingga 12 tengah hari.

“Jalan yang akan ditutup sepenuhnya pada 26 Ogos adalah Jalan Sultan Hishammuddin menuju ke Dataran Merdeka serta Jalan Raja.

“Pada 27 hingga 29 Ogos pula, raptai penuh perarakan akan dijalankan melibatkan penutupan jalan di Jalan Raja, Jalan Travers, Jalan Damansara, Bulatan Hishammuddin dan Jalan Kinabalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Azmi, tiada penutupan jalan akan dilaksanakan pada 30 Ogos.

Sementara itu, sebanyak 18 laluan akan ditutup pada 31 Ogos nanti melibatkan jalan yang sama.

“Dalam pada itu, Jalan Kuching, Bulatan Dato Onn, Jalan Tun H.S. Lee, Jalan Hang Lekiu, Jalan Hang Kasturi, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi dan Jalan Bunus 6 akan turut ditutup.

“Warga kota yang ingin menyaksikan perbarisan merdeka digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan awam bagi mengelak kesesakan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI