fbpx

Ramai tepuk dahi, Aina Abdul pakai ‘plastik sampah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAMPILAN Aina Abdul pada KL Fashion Week semalam yang dikatakan seperti plastik sampah.

KUALA LUMPUR – “Macam mana nak buang air kecil?”

Itu antara persoalan yang timbul dalam benak netizen selepas penyanyi popular Aina Abdul sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil dengan busana ‘aneh’ seperti plastik sampah ketika menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) di pusat beli-belah Pavilion di sini, semalam.

Sebaik sahaja turun dari kereta, penyanyi berusia 28 tahun itu terus mencuri perhatian orang ramai apabila menggayakan busana berwarna hitam rekaan Behati yang disifatkan tidak ubah seperti timbunan plastik sampah.

Penampilan ‘berani mati’ pelantun lagu Semalam itu mendapat pelbagai respons netizen sehingga ada yang mendakwa Aina sengaja menarik perhatian dengan berpakaian sebegitu.

“Demi untuk tarik perhatian manusia?” kata seorang pengguna Instagram.

“Kata lebih-lebih nanti marah. Demi perhatian orang,” kata seorang lagi netizen.

Bahkan netizen turut mendakwa Aina kelihatan seperti tidak selesa apabila sukar untuk berjalan sehingga perlu dipimpin oleh pembantunya untuk kelancaran pergerakan.

“Nampak Aina seperti tidak selesa. Panas,” ujar seorang pengguna Instagram.

Bagaimanapun, terdapat juga komen memuji penampilan Aina dan tidak kisah dengan fesyen pelik yang digayakan asalkan penyanyi itu masih menutup aurat.

“Alhamdulillah tertutup semuanya. Berbanding yang lain, bogel dah,” kata seorang peminatnya.

“Janji menutup aurat. Tahniah,” komen seorang netizen.

“Betul-betul tutup aurat,” ujar peminatnya.

Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani sememangnya dikenali sebagai penyanyi yang gemar tampil dengan imej-imej pelik ketika membuat persembahan pentas mahupun ketika hadir ke acara hiburan.

Antara gaya pelik yang dibawakan Aina ialah gaun kelopak mawar hitam, gaun hutan rimba dan busana ala toto. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI