fbpx

Pembantu kedai makan rentung, kereta terbakar akibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Perodua Kelisa GX yang terbakar sehingga mengorbankan Nurul Emylia dalam kemalangan di KM 85 Jalan Kuala Terengganu - Kampung Raja berhampiran Kampung Gong Batu, Setiu semalam.

SETIU – Seorang pembantu kedai makan wanita maut selepas kereta Perodua Kelisa GX dinaikinya terbakar setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 85 Jalan Kuala Terengganu – Kampung Raja berhampiran Kampung Gong Batu di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.05 petang itu, mangsa, Nurul Emylia Natasha Zulkifli, 20, ditemui dalam keadaan rentung setelah terperangkap di dalam kereta yang terbakar terbabit.

Pemandu kereta Perodua Kelisa GX terbabit, Mohammad Ikhwan Hakim Daud, 21, yang juga kawan Nurul Emylia dan pemandu lori, Mohd. Noridzuan Zainudim, 28, turut mengalami kecederan pada bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, sewaktu kejadian, Nurul Emylia dan Mohammad Ikhwan dikatakan dalam perjalanan pulang ke Pasir Puteh, Kelantan dari Kuala Terengganu.

“Pada masa sama, sebuah lori milik sebuah butik pengantin sedang menghala ke kawasan hutan berhampiran lokasi kejadian bagi mengutip ranting kayu untuk dijadikan dekorasi pelamin sebuah majlis perkahwinan di Penarik di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, lori itu dikatakan telah memberi isyarat membelok ke kanan namun kereta Perodua Kelisa GX dibelakangnya cuba memotong tetapi gagal,” katanya di sini hari ini.

Afandi berkata, impak rempuhan itu, kedua-dua kenderaan terbabit telah mengalami kebakaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI