fbpx

Onar tak sudah Aliff Syukri vs sensasi ciuman Meerqeen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA kisah sensasi yang menghangatkan dunia hiburan minggu lalu. Kecaman tanpa henti terhadap Aliff Syukri yang lapar perhatian dan juga kisah ciuman hangat Meerqeen ketika bertamu di Indonesia.

MINGGU lalu, industri hiburan dilambakkan dengan pelbagai isu panas yang meledakkan nama beberapa selebriti tanah air.

Sekali lagi, nama usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri mengundang kecaman ramai selepas muncul dengan single baharu Baby Sayang duet bersama penyanyi kontroversi, Baby Shima.

Jutaan kata nista dilemparkan seorang pada dua selebriti berkenaan selepas aksi mereka dalam video klip tersebut dikatakan keterlaluan dan tidak bersesuaian dengan imej mereka sebagai orang Islam.

Malah, terdapat beberapa adegan dalam video tersebut turut dianggap lucah sehingga mendapat respons daripada ramai pihak termasuk golongan agamawan.

Masakan tidak, dalam video tersebut Shima muncul dengan berseluar pendek sendat sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati terhadap penampilannya.

Selepas dikecam, Aliff mengambil keputusan hilang dari radar dunia hiburan kerana mengalami depresi. Tetapi kehilangannya tidak lama, hanya beberapa hari! Kurang seminggu, tiba-tiba dia muncul semula dengan beberapa video seakan-akan memerli netizen dengan menari bersama kayu mop dan kipas.

Rasa tertipu dan gilakan perhatian. Begitulah antara kecaman yang dilemparkan netizen terhadap Aliff.

Memetik kata-katanya dalam satu siaran langsung Instagram baru-baru ini, dia tidak dapat menahan diri daripada terus menghiburkan orang ramai kerana memiliki suara yang sedap seperti penyanyi lain.

“Awak (netizen) maafkan saya. Suara saya terlalu sedap untuk disimpan dan perlu serlahkan bakat dimiliki demi peminat setia.

“Saya tahu ramai yang cemburu dengan bakat saya,” katanya yakin.

Meskipun dihambat kontroversi, video klip Baby Sayang menjadi lagu paling trending dalam YouTube sejak beberapa hari lalu.

Ini bukan kali pertama Aliff melakukan kegilaan sedemikian, namun peluang masih diberikan orang ramai kepadanya untuk terus memperbaiki kelemahan diri.

Bagaimanapun, semua itu seperti janji tinggal janji, cara sama masih dilakukan untuk meraih perhatian segera.

Meerqeen ‘berani mati’

Berbeza pula dengan aktor meningkat naik Meerqeen yang juga mencetus kegilaan dalam kalangan peminat setianya.

Bukan hanya digilai dan dipuja di tanah air tetapi dia berjaya menawan hati peminat di Indonesia.

Lihat sahaja ketibaannya di Jakarta baru-baru ini, persis sambutan yang diterima selebriti bertaraf antarabangsa.

Kehadirannya sangat dinanti-nanti sehingga ada yang sudah mula berkampung sejak awal pagi di lapangan terbang sebelum dikerumun bak semut terjumpa manisan.

Sepanjang empat hari di negara jiran, jadual kerja Meerqeen dan pasangan serasinya, Anna Jobling ternyata padat dengan jemputan temu bual bersama program televisyen.

Selesai tugasnya di sana, tular beberapa video dan foto kurang enak yang mencalarkan imejnya sebagai pelapis hero drama tanah air.

Berbalas ciuman dan berpelukan dengan peminat wanita serta paling mengejutkan, tindakan berani Meerqeen mencium dahi pelawak negara itu, Kiky Saputri. Demikian sensasi yang dicetuskan pelakon itu sehingga mengundang rasa kurang senang peminat.

Gara-gara tindakan berani mati aktor drama Melur Untuk Firdaus itu, ada yang mula menyuarakan rasa hilang minat terhadapnya.

Mungkin tiada niat mencetuskan kontroversi dan hanya ingin memberi rasa sayang kepada peminat, namun tindakan Meerqeen melanggar norma dan budaya masyarakat negara ini.

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi mahupun permohonan maaf dititipkan oleh bekas finalis Hero Remaja itu kepada umum. Diam seribu bahasa tatkala namanya sedang dihujani kecaman bertalu-talu daripada kalangan netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI